Quantcast
Channel: Merdeka Online » Kesihatan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 147

BN Perak komited naik taraf khidmat kesihatan

$
0
0

IPOH 20 DISEMBER 2017. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. STR/FARAH SUHAIDAH OTHMAN *** Local Caption ***

MO, 6/5/2018, IPOH: Usaha menaik taraf perkhidmatan kesihatan di Perak adalah sebahagian perancangan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN), bagi memastikan rakyat mendapat kemudahan selesa.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata peruntukan istimewa daripada Kerajaan Pusat itu, termasuk pembinaan hospital di Parit Buntar, tambahan peruntukan sebanyak RM60 juta di Hospital Seri Manjung dan pembinaan beberapa hospital lain, termasuk di Seri Iskandar di daerah Perak Tengah.

“Ini sebenarnya memberi kemudahan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanak Klinik Kesihatan Manjoi di sini, semalam.

Yang turut hadir, penyandang dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dan calon BN DUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Zambry berkata, sebagai pemimpin kerajaan negeri, beliau sendiri memperjuangkan aspek menambah kemudahan kesihatan daripada Kerajaan Persekutuan.

Katanya, dalam konteks pembinaan hospital di Parit Buntar, Kerajaan Persekutuan bukan menolak permintaan kerajaan negeri, sebaliknya memerlukan masa yang lama untuk penambakan tanah sawah.

“Isu pembinaan hospital daerah baharu di Parit Buntar, kita perjuang bertahun-tahun, sejak saya jadi Menteri Besar, itu yang saya minta.

“Apabila selalu minta, Kerajaan Persekutuan segerakan, bukan mahu kata kerajaan tidak mahu buat, tetapi dari segi keutamaan, kerajaan buat namun dengan keadaan (kawasan) Parit Buntar (tanah sawah), sering dijadikan isu berikutan pembinaannya yang mengambil masa lama,” katanya.

Klinik Kesihatan Manjoi dijangka siap 2020

Mengenai pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi pula, Zambry berkata, bangunan baharu klinik itu dijangka siap pada 2 Mac 2020 dan proses meratakan tanah baharu empat peratus dijalankan.

Beliau berkata, bangunan itu bakal memberi manfaat kepada 40,000 penduduk di Gugusan Manjoi, sekali gus mengurangkan kesesakan untuk mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), yang jaraknya terletak kira-kira lima kilometer daripada lokasi pembinaan.

Katanya, keperluan klinik kesihatan itu sudah beberapa kali dikemukakan Mohamad Ziad kerana prihatin dengan nasib penduduk setempat.

“Kawasan ini tidak begitu jauh dengan HRPB, tetapi disebabkan penduduk Gugusan Manjoi lebih daripada 40,000 penduduk, tentu memerlukan sebuah klinik kesihatan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kemudahan X-ray, rawatan pergigian dan rawatan pemulihan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ding Lay Ming, berkata jumlah pengunjung semakin meningkat di Klinik Kesihatan Manjoi di Jalan Masjid pada tahun lalu.

“Bangunan klinik kesihatan yang baharu itu mampu memberi kemudahan yang lebih selesa kerana pelbagai fasiliti canggih disediakan kepada pesakit,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, rakyat boleh membuat penilaian terhadap khidmat Mohamad Ziad dan Aminuddin di kerusi yang mereka pertahankan.

“Saya yakin waktu saya berjalan dengan orang Manjoi dan Hulu Kinta, saya lihat apabila mereka memberi penilaian kepada wakil rakyat, mereka tidak complaint (mengadu) kononnya wakil rakyat tidak buat kerja, sebaliknya rajin melaksanakan kerja mereka,” katanya.

Justeru, beliau yakin dengan khidmat diberikan kedua-dua mereka dan gabungan dengan calon BN Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, selaku orang lama ketiga-tiga mereka akan memberi kemenangan kemenangan kepada BN dan semua pihak memberi dokongan kepada kepada semua mereka itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 147

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Gwapo Quotes : Babaero Quotes


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Dromedario para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Love Quotes Tagalog


Bolerong Mananayaw Qoutes 2019


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...


Winx Club para colorear


Girasoles para colorear


Loro para colorear


Renos para colorear


Lagarto para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Love Facts About Men


RE: Mutton Pies (mely)


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC